my cerpen...byk kali post kat penulisan2u tp xnk time pon...sedihnyer...huhu

Cinta itu milik kita jua.
Izah, seorang gadis kampung yang biasa dan sederhana. Dia masih lagi menuntut di IPTA tempatan di sebuah negeri yang begitu asing baginya iaitu di Kuala Lumpur. Izah masih belajar namun dia telah dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya walaupun dia sudah berada di semester akhir pengajian.
‘mak, izah xnak mak. Izah nak belajar lagi’. Bantah Izah. Cuti semesternya itu hanya dihabiskan dengan duduk di rumah sahaja. Walaupun dia ingin bekerja, namun ibu bapanya tidak membenarkannya.
‘jangan macam2 Izah, mak dah bersetuju dengan peminangan tu. Mak buat nie pon utk kebaikan Izah. ‘ Mak Esah, ibu kepada Izah menolak keras bantahan Izah itu. Baginya peminangan yang diterima adalah cukup baik bagi keluarganya dan anaknya itu.
‘tapi Izah brje keje mak, Izah xnak fikir kahwin lg’ bangkang Izah.
Ibunya tetap tidak mengendahkan rungutan dan protes yang ditunjukkan olehnya itu. Setiap hari anaknya itu akan merungut padanya tentang hal peminangan yang diterima. Mak Esah sudah malas untuk mendengar lagi lalu terus ke dapur menyiapkan makan malam untuk keluarganya. Izah menggigit bibir tanda geram apabila rungutannya tidak diendahkan. Memang dia tidak mahu berkahwin lagi semasa kerana dia mahu bekerja dahulu, tetapi lain pula jadinya. Izah mengeluh sendirian.
Pagi yang indah, burung-burung berkicauan , pokok-pokok kelihatan menghijau di penglihatannya, Izah berasa sayu mengenangkan nasib dirinya yang bakal bersama dengan seorang lelaki yang dia sendiri tidak tahu asal-usulnya. Semenjak mendengar berita itu, sedikit pun Izah tidak terasa ingin mengetahui siapakah lelaki yang menghantar peminangan padanya itu. Dia berasa sakit hati bila memikirkan perkara itu, mana mungkin dia ingin mengetahui siapa lelaki itu.
‘sudahlah tu Izah, terima jela,mgkn ini yg tbaek buat Izah. ‘ Haji Hamdan cuba memujuk anaknya yang masih berkeras hati itu. Di dalam hatinya juga terbit rasa bersalah kerana menerima peminangan ini tanpa persetujuan anaknya itu. Namun, janji yang telah diikat tidak mungkin akan diputuskan begitu sahaja. Dia tetap akur dengan keputusan yang dibuat dan Izah terpaksa menerima akan perkara ini. Jika tidak, dia sendiri akan menanggung malu sekiranya menolak dan menurut kata anaknya itu. Tetapi, penerimaannya bukannya tanpa usul periksa, dia tahu lelaki itu yang terbaik buat anaknya dan keluarganya juga baik-baik belaka.
‘tapi , ayah xtanya Izah dulu. Izah xsuke ayah buat macam ni.’ Rungut Izah lagi.
‘itu ayah tahu,tp ini utk kebaikan Izah juga, dengarlah ckp ayah Izah’ Izah terus tertunduk sayu mendengar kata-kata ayahnya itu. Hanya tinggal lbh krg 2 minggu lagi dia akan disatukan dengan lelaki itu. Nak lari dari rumah, anak derhakala namanya jika dia buat begitu. Hanya pada ilahi mampu dia berserah dan memohon petunjuk apa yang harus dilakukannya.
Seminggu sebelum majlis, keluarga serta lelaki tersebut datang berkunjung ke rumah Izah. Izah berasa gugup kerana dipaksa menghidang minuman kepada mereka. Izah duduk sambil memerhatikan perbualan antara ibu bapanya dengan ibu bapa lelaki itu. Di sudut kiri, seorang lelaki memakai kemeja, nampak kemas sedang berbual2  sama.
’oh…ni la dia’kata Izah dlm hati.’kau taulah nnt ape yg kau buat nie’smbg Izah dlm atinya lg. Dia berasa sungguh marah melihat lelaki itu. Tiba-tiba keluarganya menyuruh dia berbual2 dengan lelaki itu. Izah tidak mahu tapi terpaksa menurut kerana ingin menjaga hati semua orang.
Izah mematahkan ranting yang dipegangnya. Dia hanya memandang pokok rambutan yang ada di depannya sambil duduk di atas pondok kecil buatan ayahnya itu. Menanti bait2 ucapan dari lelaki itu. Sedikit pon dia tidak ingin memandang muka lelaki itu.
‘saya harap awk terima perkahwinan ini, dan kita sama-sama melayari rumah tangga bsama’ katanya lembut.
Huh!jgn ingt kau ckp cmtu bole ambik hati aku.Izah mencebik.
‘Apa yg awk rasa?bgtaula saya..saya hrp awk dpt terima sy.’katanya lagi.
Izah tetap mendiamkan diri. Arman berasa serba salah melihatkan klakuan Izah itu, dia cuba mnghampiri Izah.
‘jgn awk dkt dgn sy’jerit izah tiba2. Arman terkejut.
‘awk ingt sy dpt time awk, jgn mimpila.’
‘nape ckp cmnie,lau xtime nape xtolak’
‘sbb mak ayah sy yg setuju bkn sy’
‘tp nape awk xsetuju?’nape’
‘sbb sy nk blaja, sy xnak kawin’
Itu ke sbbnya,rintih Arman dlm hati. Ingtkn Izah setuju dgn perkahwinan ini,rupanya tidak. Arman berasa tercabar dengan suara lantang Izah itu,nape harus dia bkelakuan begitu.dia berasa xpatot tunduk dgn gadis itu,dia juga berasa sakit hati mendengar jeritan Izah. Dia xmahu lemah, xpe,kalau kau mcmnie aku pn akan mcm nie jgk,biar dia rasa,kata Arman marah.
Sememangnya dirinya telah lama berasa kasih pada gadis itu. Sejak berasa di universiti yang sama,  telah lama memerhatikan Izah. Gadis lincah dan comel itu cukup menawan hatinya. Setelah tamat pengajian dan bekerja, dia terus menyuarakan hasrat hatinya untuk menyunting Izah sebagai suri dalam hidupnya kerana tidak dapat menahan lagi keinginan untuk bersama gadis pujaannya itu. Tetapi, disangkakan awan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Peminangannya ini mengundang kemarahan pada gadis itu. Dia betol2 tidak menyangka yang perkara ini akan terjadi mahupun dia tahu Izah masih belum habis belajar, tetapi dia takut sekiranya ada orang lain yang memiliki Izah terlebih dahulu. Dia tidak mahu perkara ini terjadi. Dia ingin menjadi orang yang akan sentiasa bersama Izah itu.
Arman tidak mahu meneruskan perbalahan itu. Sebelum berlalu pergi, dia seraya berkata ‘Hal ini telah pun ditetapkan dan awak terpaksa mengikut apa yang telah keluarga kita persetujui ini.’ Katanya lembut lalu melangkah menuju ke rumah kayu milik keluarga Izah.
Izah berasa geram lalu terus membaling ranting kayu yang masih dalam pegangannya itu.’Baik kalau tu yang kau nak, kau rasakan nnt’ marah Izah di dalam hati.
Semua hal perkahwinanya tidak diendahkan langsung. Hanya ibu dan sanak saudaranya yang menguruskan segala majlis itu. Izah tetap menentang dalam diam. Izah pergi ke rumah sepupunya mengadu segala yang dirasainya. Cuti semester selama sebulan itu selalu digunakan untuk berehat setelah penat belajar berubah corak pula pada kali ini kerana dia dipaksa berkahwin.
‘Sabarlah Izah, mungkin ini sudah ketentuanNya. Kau terimalah dengan hati yang terbuku’pujuk Ayu, sepupu yang begitu rapat dengannya sejak kecil lagi.
‘Tapi aku tak dapat terima yu..Aku belajar lagi. Bolehke aku ada suami masa aku tengah belajar nie. Macammana aku nak uruskan semua tu.’Izah meluahkan segala yang terbuku hatinya. Dia resah. Ayu mendengus kecil. Sudah berulang kali dia cuba memujuk sepupunya itu, namun Izah tetap keras kepala, tidak mahu menerima nasihatnya walau sedikit pun.
Hari yang ditunggu telah pun tiba, dengan sekali lafaz Nurizah binti Hamdan telah pun bergelar isteri kepada Mohd Arman bin Abdullah. Sewaktu upacara membatalkan air sembahyang Izah dipaksa-paksa oleh ibu dan adiknya mencium tangan Arman. Arman ingin ketawa melihat telatah Izah tetapi ditahan kerana ramai orang yang berada di sekelilingnya.
Selesai majlis tersebut, Izar membantu mengemas-ngemas mana yang patut. Haji Hamdan turut sama mengemas bersama menantunya itu. Izah hanya termenung di dapur seolah-olah tidak mengendahkan apa yang berlaku ke atas dirinya. Begitu ramai tetamu yang datang begitu juga kawan-kawan Izar turut sama mengucapkan tahniah. Cuma kawan-kawan Izah yang tidak datang. Dia tidak memaklumkan sedikit pun kepada kawan-kawannya.
Izah duduk berbaring di atas katil tidak mengendahkan Arman yang masuk ke dalam bilik. Seketika kedengaran bunyi air dari bilik air, mandi barangkali,fikir Izah. Izah pura-pura tidur tidak mahu melayan apa-apa kemahuan dari Arman. Inilah jalan terbaik fikirnya.
Dah tidur’bisik Izar di dalam hati. Izar mengenakan baju dan solat. Selesai sahaja dia terus bebaring di sebelah Izah. Sungguh nyenyak sekali bini aku nie tidur’urm….Izar mengamati wajah Izah..comel….dia berasa sggh lega setelah mengahwini Izah..gadis yg mjadi idamannya sekian lama….manis n baik skali bgnya wlupn dia tau sikap Izah yg suka mberontak itu……Izar cuba untuk mengelus pipi Izah….Izar mencapai wajah Izah dan diusapnya lembut. Terdengar dengusan kecil dr Izah, cpt2 Izar mengalih tgnnya. Terdetik Izar di dalam hati, ini adalah malam pertamanya dengan Izah, namun dia tahu mengapa Izah tidak mengendahkan nya dan terus tidur. Dia tahu Izah tidak mahu berkahwin dgnnya tp Izar telah menanam di dalam hatinya ingin cuba memikat ati Izah setelah mereka kahwin shgga Izah akan jatuh cinta padanya. Itu adalah impiannya.

4 comments:

  1. Ermm....perlu diperbaiki lagi...
    1)penggunaan perkataan
    2)panjang ayat
    3)teknik bercerita perlu tersusun

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. teruskan mencuba. Jangan guna banyak sangat kata singkatan x paham @o@

    ReplyDelete
  4. teruskan mencuba. Jangan guna banyak sangat kata singkatan x paham @o@

    ReplyDelete