Perkahwinan itu Sunnahku

kahwin dalam bahasa mudahnya bererti nikah. Hukum nikah pada asalnya merupakan suatu sunnah yang berat di mana dalam nas Hadis sebagaimana sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud:"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)
Masuk tingkatan 5 kita diajar dalam Pendidikan Agama Islam bahawa hukum nikah terbahagi kepada 5, iaitu:
    1.Harus· hukum asal perkahwinan adalah harus
    2.Sunat· mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin
    3.Wajib· seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat
    4.Makruh· mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami
    5.Haram· seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini