Life's now is not one of history

I want to write something today, just want to express a little bit of my feeling....sounds like express feeling??...what is this??

just ignore what u dont want to hear...but keep it a good things if u read something really good for u here...i'm really glad about that...

actually today i want to say that i feel like i want to continue studying, doing master degree in usm...why i choose this u, becoz quite near at my house, i already have experience doing degree so far away at terengganu, so tired naik bus but what can i do, 12 hours in the bus , freezing n i dont know what to say but i just be patience with what i have.

so usm is quite good, near n i think the best place also. but i dont know how i want to start. ok nevermind, i will think about it again.i just want to do part time only.

the second one is about my sister take liason L for motor.....good 10 X becoz easy when she want to enter the university or others places...not like me, 23 years old barula dpt lesen....GO GO GO get want u want!!!hehe

feel so lazy today....why lazy???becoz i am too lazy...that lazy....same as before, lazy to study n bla bla bla....thats why i got the course that i dont know...it's also a miracle i can enter university becoz in form 6 also i am too lazyyyy......enough....what can i say....but is all rezeki from ALLAH swt.... so THANK YOU ALLAH swt.....

i must say to myself everyday....dont be lazy....fight for ur life...u can do the best....haha...is there any solution for this disease???....not, i think so it start from us...so i will try to become rajinnnsss... sgt....if i have chance to continue study in master degree....hehe....insyaallah..........


13 wasiat RASULULLAH


13 Wasiat Rasulullah
RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak,   kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang  menarik dan boleh  dijadikan  bahan  renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun  wasiat  itu  khusus  kepada  Ali,  namun  kita  sebagai  Muslim  dan   muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.
Larangan  dan  suruhan  Rasulullah  saw  melalui  wasiat  itu,  adalah  juga  untuk  kaum  Muslimindan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama  orang beriman
                Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
                Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata:  “Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
                Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:”
1. Wahai Ali, takutilah  engkau   daripada   memasuki   tempat  mandi  (hammam)  tanpa  memakai kain  separas  pinggang.    Bahawasanya   barang   siapa   memasuki   tempat   mandi  tanpa  kain separas  pinggang,  maka dia mendapat laknat (mal’un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari  telunjuk  dan  di jari tengah’.  Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya  Allah mengagumi  hamba-Nya  yang  melafazkan istighfar:  “Rabighfirli fainnahu  la  yaghfirul-zunuba  illa  Anta”   ( Tuhanku,  ampunilah  aku.    Sesungguhnya tiada   yang    mengampunkan   dosa  melainkan  Engkau).   Allah lalu berfirman:  “Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada  yang mengampunkan  dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia”.
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya  berdusta  itu  menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai  kazzab (pendusta).  Dan,  bahawasanya  benar  itu  memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.   Ketahuilah engkau,  bahawasanya  sidq (benar)  itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur  dan  menjadi  penghalang  kepadanya di pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar,  kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai  Ali,  janganlah  engkau   mencita-citakan  rezeki  untuk  hari  esok.  Bahawasanya   Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan  berkelahi  dengan  maki-hamun  dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.   Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa  makanan di celah  gigi  tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul  rasa marah,  duduklah  engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan  kesabaran  Allah Taala ke atas hamba-Nya.   Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang  telah  engkau  nafkahkan  untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau  benci pada  diri  engkau,  maka  engkau  bencikan  juga  pada  diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka  engkau  kasihkan juga  pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.   Dengan itu, engkaudikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah  perhubungan  di antara  penduduk (jiran) sekampung  dan  antara  ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka  sekaliannya  dengan rasa  persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
             Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. 
                InsyaAllah
            

Erti Ramadhan


Ramadhan secara bahasa berasal dari kata ramidha, yarmadhu, ramadhan yang bererti terik, sangat panas, atau terbakar (pembakaran). Jika pengertian ini dipegang, maka Ramadhan dapat diertikan sebagai pembakaran, peleburan, atau penghapusan sesuatu.
Apabila sesuatu itu dibakar, boleh berlaku dua kemungkinan. Pertama, yang dibakar biasanya adalah sesuatu yang kotor; seperti sampah yang berserakan di laman rumah, yang setelah dikumpulkan lalu dibakar. Biasanya, setelah itu laman rumah menjadi bersih. Atau kemungkinan kedua, sesuatu yang dibakar biasanya benda seperti besi. Apabila besi dilebur, melaui proses pembakaran, besi kemudian memuai dan setelah itu mudah si tukang besi membentuk dan menciptakan apa pun sesuai seleranya seperti pisau, keris, pedang, atau yang lainnya.

Jadi, Ramadhan dengan erti pembakaran, bererti yang kotor-kotor dalam diri kita harus dibakar. Hidup kita kotor karena dosa dan kemaksiatan yang tumpuk-menumpuk. Pelantar kehidupan pula dipenuhi oleh sampah-sampah kesalahan yang berserakan sehingga mengakibatkan ketidaknyamanan dalam hidup. Ramadhan datang, bererti kesempatan terbesar buat kita untuk membakar semua bentuk kesalahan dan dosa sehingga kehidupan menjadi bersih dan nyaman kembali. Bahkan, dari proses pembakaran pada Ramadhan ini akhirnya membentuk dan menciptakan diri kita sesuai dengan selera kebaikan, iaitu insan yang bertakwa. (QS al-Baqarah [2]: 183).
Oleh yang demikian, Ramadhan terbaik adalah Ramadhan yang mampu memuasakan diri tidak sekadar menahan lapar, haus, dan berahi, tapi memuasakan segala sesuatu demi satu hal, iaitu lahir dan terbentuk manusia yang bertakwa. Justeru kita pindahkan dari puasa "kebiasaan" menuju puasa yang hakiki.

Puasa "kebiasaan" adalah puasa seperti mana yang dijelaskan dalam buku-buku feqah: asal tidak membatalkan puasa (seperti makan minum atau berhubungan suami isteri pada siang hari). Memang tidak makan dan minum pada siang hari. Juga tidak tidur dengan suami atau isteri pada jam-jam setelah imsak hingga Maghrib, tapi perbuatan-perbuatan yang melanggar norma dan kaedah kepatutan agama tidak diendahkan. Perbuatan-perbuatan, seperti rafats (berkata cabul atau porno), fusuq (fasiq seperti berkata atau bersumpah tidak sesuai fakta), dan jidal (mencaci maki, memfitnah, dan mengumpat atau bergosip) sama sekali tidak dipuasakan.

Dalam hal itulah, Rasulullah SAW memberikan peringatan terhadap umat Muslim. "Banyak orang yang puasa, mereka tidak mendapatkan apa-apa melainkan hanya rasa lapar dan haus." (HR Bukhari). Lebih tegas, Rasul SAW menyebutkan bahwa Allah sama sekali tidak berhajat lagi kepada usaha menahan rasa lapar dan haus seseorang, bila dia tidak meninggalkan perkataan bohong, perbuatan nista, dan tindakan kejahilan. (HR Muslim).

Oleh itu, Ramadhan adalah saatnya kita membakar semua dosa dan maksiat kita dengan berpuasa yang benar seperti mana tuntunan syariat Allah SWT dan Rasulullah SAW. Semoga kita mampu memaknai Ramadhan tahun ini dengan benar. Sebagaimana bijih emas yang dilebur, akhirnya menjadi emas tulen yang bersinar-sinar.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Keindahan dari ILAHI.....

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
- Aku Meminta Kepada ALLAH Setangkai Bunga Segar, IA Beri Aku Kaktus Berduri, Aku Meminta Kupu-Kupu, Diberi Ulat Berbulu. Aku Sedih & Kecewa... Tetapi Ternyata Kaktus Itu Berbunga, Indah Sekali... & Ulat Itu Menjadi Kupu-Kupu Yang Cantik... Itulah Jalan TUHAN, Indah Pada Masanya! ALLAH Tidak Memberi Apa Yang Kita Harapkan, Tetapi DIA Memberi Apa Yang Kita Perlukan. Kadangkala Kita KECEWA, SEDIH, TERLUKA,MERANA... Tetapi Tanpa Kita Sedari... Jauh Di Atas Segalanya DIA Telah Mengatur Yang Terbaik Dalam Kehidupan Kita... Segala Apa Yang Kita Miliki Tetap Anugerah DariNYA...-
Percayalah... Setiap Ujian Yang Kita Hadapi Pasti Ada Hikmah Di Sebaliknya... Sesungguhnya ALLAH Sayangkan Setiap Hambanya...Pahit Akan Manis Akhirnya... Insya'ALLAH...

Ciri-ciri Insan Yang Berjaya

Untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja. Ini kerana setiap orang itu mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri yang menentukan bagaimana cara hidup mereka sama ada untuk menjadi orang yang berjaya atau pun tidak.
Sejak dari kecil lagi seseorang itu telah diajar bagaimana untuk berjaya di sekolah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, berjaya masuk ke universiti, berjaya mendapat kerja yang dinginkan dan banyak lagi.
Tidak terkecuali sudah tentu saya juga sentiasa ingin menjadi orang yang berjaya didunia dan tidak lupa juga akhirat. Begitu juga dengan anda kan? Memang menjadi impian setiap orang untuk menjadi orang yang berjaya ni. Setiap individu yang berjaya mereka mempunyai ciri-ciri yang sentiasa mereka amalkan dalam hidup mereka. Ianya boleh kita dijadikan panduan atau sebagai ikutan untuk berjaya seperti mereka.
1) Berilmu dan cintakan ilmu pengetahuan
Orang yang berilmu akan sentiasa dipandang mulia oleh orang lain kerana ketinggian ilmu yang dimilikinya. Dengan ilmu seseorang itu akan berjaya didunia dan juga akhirat. Ciri-ciri individu yang berjaya mereka sangat cintakan ilmu pengetahuan kerana mereka tahu dengan memiliki ilmu hidup mereka akan lebih berjaya. Cara  untuk mendapatkan ilmu adalah dengan banyak membaca kerana dengan membaca ilmu pengetahuan seseorang akan semakin bertambah.
2) Yakin dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dalam diri mereka. Oleh itu anda hendaklah sentiasa yakin yang anda juga hebat seperti orang lain. Jika orang lain boleh berjaya mengapa anda tidak kan? Semuanya berkenaan keyakinan yang ada dalam diri anda sendiri. Jika anda sudah tidak yakin dengan diri anda sendiri anda mungkin tidak akan dapat mengecapi kejayaan seperti apa yang anda impikan.
3) Sentiasa berusaha dan tidak berputus asa
Kejayaan seseorang itu bergantung kepada sejauh mana usaha yang mereka lakukan. Jika anda telah pun berusaha tapi kejayaan yang anda inginkan tidak seperti yang anda harapkan maka anda jangan lekas berputus asa. Orang yang mudah berputus asa tidak akan kemana-mana. Anda kena percaya walaupun anda telah banyak berusaha tapi semuanya Allah yang tentukan.
4) Tawakal kepada Allah
Setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian yang anda impikan maka selepas itu anda bolehlah bertawakal kepada Allah. Ini kerana kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Anda telah pun berusaha setakat mana kemampuan anda. Dengan bertawakal bermakna anda yakin hanya Allah yang akan memberikan kejayaan kepada hamba yang diinginkanNya.
5) Syukur atas segala nikmat
Setelah kejayaan yang anda inginkan telah menjadi kenyataan maka sebagai seorang hamba hendaklah anda bersyukur kepadaNya. Ini kerana ianya sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang diberikan olehNya. Dengan membantu orang lain juga menunjukkan tanda syukur atas kejayaan yang anda miliki.
6) Beriman dan bertakwa
Orang yang berjaya akan selalu berada dekat dengan penciptanya. Ini kerana kita tahu hanya Dia yang akan memberikan kejayaan bagi seorang hamba semasa hidup didunia dan juga akhirat. Keimanan dan ketakwaan adalah dengan menjaga segala amal ibadah seperti solat kerana solat adalah hubungan seorang hamba dengan penciptanya. Anda juga perlulah sentiasa berdoa supaya diberikan kejayaan dan kesejahteraan dalam hidup ini.
Kesimpulan, semua orang inginkan kejayaan dalam apa saja perkara yang dilakukan kerana ianya menjadi impian setiap orang. Tiada siapa yang ingin berada dalam kehidupan yang susah, kecewa, derita dan sebagainya. Sudah tentu anda selalu ingin hidup bahagia dan berjaya seperti orang lain juga. Tapi ingatlah dalam kita  mengejar kejayaan hidup didunia ini kita janganlah sampai lupakan kejayaan kita untuk hari akhirat juga. Sama-sama kita berusaha untuk mengecapi apa saja kejayaan yang kita inginkan dan selamat beramal.

Pengertian, Kepentingan & Keajaiban Keyakinan Diri

Pengertian Keyakinan & Keyakinan DiriKeyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.
Kepentingan Membina Keyakinan Diri 
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda. 
Jenis-Jenis Keyakinan  
Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
  • Keyakinan diri terhadap Tuhan dan keesaanNya
  • Keyakinan terhadap diri sendiri
  • Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
  • Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
  • Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas
  • Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
  • Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
  • Kurang kemahiran dan persediaan
  • Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
  • Kemiskinan akibat kurangnya idea serta Sains Kejayaan Hidup
  • Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas
Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri

  • Kurang senyum

  • Risau dan kelihatan risau

  • Gugup dan kelihatan gugup

  • Kurang berinteraksi

  • Malas bekerja atau berusaha

  • Cincai dan kelihatan selekeh

  • Suka meminta-minta

  • Mudah putus asa

  • Suka gossip dan mengumpat

  • Defensif dan cepat marah

  • Mudah atau suka berbohong

  • Keajaiban Keyakinan Diri
    Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang. 
    Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.
    Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu! 

    Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat MENGEJUTKAN tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiaran tentera-tentera Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar! 

    Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri! 

    Mencari Calon Isteri dan Suami: Panduan Memilih Jodoh


    Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
    Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
    Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.Antara yang menarik tulisan berikut:
    Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
    Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
    Apa tujuan berumahtangga?
    “Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
    Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
    Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”
    Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
    Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
    Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
    Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
    Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
    Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
    Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
    “Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.
    Benar sekali, pilihlah yang beragama.
    “Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.
    PENYAKIT “TIDAK JELAS”
    Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.
    Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
    Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
    Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
    Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
    Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
    Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
    “Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal
    MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
    Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
    Dia mungkin seorang ustazah.
    Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
    Dia mungkin bertudung labuh.
    Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable“.
    HANYA ‘BERAGAMA’?
    Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
    Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
    Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
    Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
    Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
    Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.